*KENYATAAN TIDAK BERMORAL MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA*, *MOHON YAB PERDANA MENTERI JANGAN SIMPAN LAGI “SAMSENG” INI DALAM…

*KENYATAAN TIDAK BERMORAL MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA*
*MOHON YAB PERDANA MENTERI JANGAN SIMPAN LAGI “SAMSENG” INI DALAM KABINET*
*KENYATAAN BERANI MATI OLEH: SYAHRIZZAL ARFANDY BIN ADAM, “SAMSENG” NGAP SAYOT SARAWAK*
-Kali ini versi samseng. Khas untuk samseng-
1. Kenyataan balas YB Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia semalam terhadap YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, langsung tidak menggambarkan professional dan perwatakan seorang pemimpin bergelar MENTERI dengan melabelkan rakan sejawatannya dari kabinet Sarawak sebagai “Budak Baru” dan “Setahun Jagung”. Tak cukup denga itu, beliau buat lagi satu kenyataan “jangan tunjuk samseng, saya lagi samseng!” menggambarkan mentaliti Menteri dekat Malaysia sangatlah kebudak-budakan dan memalukan. Ini kalau ada terjemahan bahasa Perancis, Itali, Inggeris dan India mahu taknya Malaysia ini diketawakan oleh negara luar.
2. Bukan sekali dua kenyataan YB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan ini mengundang kontroversi. Sebelum ini kenyataan kasar beliau juga mendapat perhatian pihak Istana Johor yang kurang senang dengan dengan sikap beliau. Sehinggakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Johor murka dengan kenyataan beliau terhadap Tengku Mahkota Johor pada krisis yang berlaku Jun tahun 2015. Saya pun tak faham bagaimana beliau boleh tembus masuk dalam kabinet sedia ada walhal banyak sudah Menteri sebelum ini menjalankan kerja dengan baik, termasuklah yang beralih arah sekarang iaitu YB Tan Sri Muhyidin Yasin dan YB Datuk Seri Shafie Apdal. Rekod baik mereka berdua puun boleh dikeluarkan dari kabinet, kenapa tidak Nazri Aziz?
3. Pelaksanaan Cukai Pelancongan 2017 pada 1 Julai ini kelihatan terburu-buru dan tidak memberi peluang kepada rakyat yang kebanyakannya juga pelancong dalam negeri memperlihatkan sikap rakus pihak kementerian. Oleh hal yang demikian, sangat wajarlah YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah meminta pelaksanaan cukai itu ditangguhkan dan mempersoalkan pengaliran kutipan cukai kerana kebanyakan perbelanjaan mengurus industri pelancongan dibiayai oleh Kerajaan Negeri.
4. Selama 3 penggal jadi Menteri dan sejak 2013 jadi Menteri Pelancongan tak Nampak langsung usaha nak mengubah persepsi negatif dan sonsang orang luar Sarawak terhadap Sarawak. Ramai antara mereka masih beranggapan nak turun sekolah/universiti di Sarawak kena naik perahu. Kalau tak sempat naik perahu, ekau berenanglah sano tu eh… Belum lagi gambaran yang kami di sini duduk atas pokok! Gambaran lain katanya kalau baru sampai Airport Kuching, terus kena sumpit! Apa kejadahnya gambaran ini di zaman ABAD KE 21 ni???!!! Dengan Pesta Gawai dan Kaamatannya tak dihebah semeriah perayaan di semenanjung. Siapa nak datang kat sini kalau dah dalam kepala mereka di Sarawak hanya ada hutan? Di Sabah hanya ada gunung? Itupun nasib baik Sabah terkenal dengan Sumandak, Sarawak ni terus payah nak dapat pengunjung sebab terkenal dengan buaya. Ke mana menghilangnya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam beberapa tahun ini? Kenapa sekarang baru muncul balik dengan CUKAI???!!! Masih tak puas cari gaduh ka? Aiyooo
5. Sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, tak masuk akal seorang menteri boleh bagi kenyataan mengkhinzir buta tanpa membuat kajian dahulu. Mana ada sebuah sahaja hotel di Miri? Banyak, cuma malas nak rujuk balik lah tu. Tak cukup, dengan bangganya mengatakan jumlah hotel lima bintang di Sarawak boleh kira pakai sebelah tangan sahaja. Apa punya statement tu??? Berapa kali YB Datuk Seri datang sini dan kira hotel tu? Kononnya Sarawak tak menyumbang banyak dalam industry pelancongan dan menyindir kami seolah-olah kami mengharap ihsan hasil pelancongan 75% dari sana untuk membangunkan Sarawak dan Sabah. Apa ni???!!! Kalau tak kerana royalty minyak yang seciput itu, tak ke mana pelancongan di sana juga. Cakap tak pandang orang sini lagi ya, menteri? Bukan kami yang memerlukan ehsan kamu dari Persekutuan, bahkan kamu selama ini “berhutang” banyak dengan Sabah dan Sarawak terutamanya. Samseng “banyak hutang” lah awak ni. Selalu samseng kutip hutang, ini samseng “cari hutang”.
6. Saya mesej YB Datuk Haji Abdul Karim tengah-tengah malam. Itupun beliau balas mesej pada jam 01.02 pagi dengan etika professional dan mengizinkan saya menyebarkan statement saya ini. Tak cukup dengan itu, beliau juga takkan tunduk dengan Menteri Pusat yang tengah memperlekehkan beliau yang mana sepatutnya beliau itu wajar dilayan seperti rakan sejawatan bukannya “anak buah” kamu. Alhamdulillah, setidaknya beliau tidak membelakangi orang Sarawak dan Negeri Sarawak. Itu yang kami mahu.
7. Oleh hal yang demikian, kalau tuan-tuan setuju jika YB Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, “Menteri Samseng dan Gangster Malaysia” ini dikeluarkan dari kabinet, mohon panjangkan mesej ini sampai ke pejabat boss besar, YAB Perdana Menteri.
Penat dah simpan menteri “kebudak-budakan” ini. Takde kerja lain, asyik mahu cari gaduh sahaja. Saya tak kisah kalau YB Datuk Seri nak mention nama saya dekat press. Kita tengok, siapa lagi samseng. Hahaha
SYAHRIZZAL ARFANDY
-Samseng Ngap Sayot, Kamu Ku Sayot Saja-
Penafian: Penulis tidak mewakili kerajaan negeri Sarawak apatah lagi mewakili Yang Berhormat Menteri berkenaan. Penulis melontarkan pendapat sebagai rakyat Sarawak dan Malaysia secara am. Dengan _Uberimae Fidei_ penulisan ini sama sekali tidak berniat membangkitkan sensitiviti perkauman/kenegerian, atau mengecam/mengkritik/mempersoalkan PERIBADI mana-mana pihak, melainkan jika tindakan mereka kurang wajar.

2 TIKET PERCUMA , KELAS ” Tips Urus Dropship ” [ONLINE],

2 TIKET PERCUMA
KELAS ” Tips Urus Dropship ” [ONLINE]
.
Ada 2 Tiket Percuma! Baca sampai habis okayy. Dalam kelas ini #CekguCepul akan sentuh 6 topik berkenaan tips pengurusan dropship. antaranya :
.
———
Topik #1 Introduction 😉
———
.
(DS = Dropship)
.
+ Pengenalan #TipsUrusDropship
+ 30 soalan lazim urus DS
+ Anda kompon tak boleh kaya dengan DS – kalau salah caranya!
+ Kesilapan utama saya hingga rugi Rm144,000 dalam pengurusan DS!
+ Kenapa agen tak sesuai ada DS? lagi2 yg margin bawah RM5, kenapa?
+ Tahu ke ‘sistem’ tu apa? Agen tu apa? Susah sangat ke nak buat sistem?
+ Istilah dalam sistem DS? Penting ke nak tahu?
+ Kenapa Guna DS? Betul ke banyak DS banyak sales?
+ Berapa DS yg anda perlukan? ada kira2! jangan main ikut2 tau!
+ Cara decide 10% atau nak 50% DS yg aktif, kena pilih satu je
+ Persamaan FBADS & sistem DS?
+ Kenali jenis founder yg tak layak ada DS! nyusahkan DS je!
+ Kenapa produk makanan tak sesuai ada DS?
+ Tetapkan Komisen untuk DS & Master DS (jangan salah bagi komisen!)
+ Peringkat DS, agen & stokis. Berapa komisen yg sesuai?
.
———
Topik #2 Cari Dropship Yg TipTop ^_^
———
.
+ Jangan letak yuran FREE @ murah, kenapa?
+ Strategi bagi yuran free @ murah utk dapat DS yg TipTopBest
+ Apa Mindset yg betul terhadap DS. 95% founder salah faham tentang DS!
+ Flow Asas urus DS (gaya Abaya SiFu)
+ Perbincangan bina USP utk tarik DS. Apa USP yg best?
+ Lubuk DS yg beri impak tinggi
+ Ambil stokis dikalangan DS saja, kenapa?
+ Contoh copywriting tarik DS, apa struktur yg perlu ada?
+ Struktur & Teknik closedeal prospek DS (skirp akan didedahkan)
+ Apps & tools supaya closing impak tinggi
+ Kenapa prospek tak respond lepas bagitau yuran
+ “sis masih berminat?” >> kenapa teknik follow up begini diharamkan? akan diterangkan.
+ Mindset & Rahsia follow up supaya prospek meminta2 di follow up lagi dan lagi
+ Skrip follow-up guna teknik >> “google jer”
+ Follow-up Prospek DS berjadual tanpa gagal sebanyak 20 kali (tanpa prospek benci)
+ [ILMU MAHAL] Strategi DS tarik DS 😀
+ DS dah setuju, apa TERM & CONDITION (terma & syarat) nak bagi?
+ Pengurusan data DS
+ TRIBE DS – 80% founder terlepas pandang konsep ni
+ Kenapa nama panggilan anda & DS sangat penting?
+ Jemaah DS buat anda tenang & senang pada masa depan, 4 rahsia akan dibongkarkan
+ Jemaah DS sangat penting sebelum founder buat tindakan, kenapa?
+ Cara validation berpahala bersama DS (dalil hadith dibentangkan)
+ Rahsia VIRAL-kan posting bersama DS
+ TRIBE-Vs-NIHCE strategy (kebanyakan peserta tak berkelip mata bila saya explain strategi ni, tak percaya pun takpa) #namakaujoyah #guraupuntakboleh
+ [SANGAT BERKESAN] Cara pancing MEDIA guna jemaah DS.
+ TRIBE & NAJASH – hukum dropship (founder buat dosa besar tanpa sedar!)
.
———
Topik #3 PENGURUSAN JEMAAH DROPSHIP 😉
———
.
+ Kenapa jangan buat wassap group? #mintabertaubat
+ 6 Platform utama dalam #pengurusandropship
+ Perkara yg diharamkan dalam group (DS jangan buat!)
+ Pengurusan bahan admin, marketing & sales DS
+ Teknik buat tutorial bergambar efektif (tutorial mudah faham)
+ Penuhkan phone DS dengan info bisnes anda. Dengan 1 klik, DS boleh ekses semua info produk, marketing & sales. tahu ke caranya?
+ [PENTING] DS buat sales walaupun masih tak tahu marketing. DS buat je tanpa banyak soal!
+ Cara melatih DS berdikari (tak payah tanya founder dah lepas ni!)
+ Tools supaya DS tak terlepas 1 info pun dari HQ! (wajib belajar)
+ Cara viral-kan posting DS tanpa HQ susah payah
+ Flow hasilkan DS zero to hero (checklist berjadual – SOP disediakan!)
+ [WAJIB] Apa halatuju DS dengan anda? (rahsia DS kekal 3-4 tahun)
+ DS, Premium DS, Master DS >> apekejadahnya ni?
+ 6 Jenis DS (6 group berasingan – dengan fungsi yg berlainan)
+ Sharing mengurus STALKER guna >> Quarantine Group. apa tu?
+ Tahu ke cara kenalpasti DS yg betul2 kualiti? ada benchmark nya?
+ Urus 200 DS tak sama dengan 20 DS, apa bezanya? macam mana nak urus?
+ Mudahnya handle DS dengan website, anda pasti teruja! (tak pandai website pun takpe)
.
———
Topik #4 TRAINING ^_^
———
.
+ Tiga kelas yg wajib buat sebelum kelas marketing & sales (sangat2 penting)
+ Bagaimana buat DS inspired kepada founder supaya kata2 founder lepas ni didengari tanpa argue!
+ (REVEAL) Rahsia 80% DS aktif!
+ Kelas Bulanan > tajuk apa?
+ Kelas Mingguan > tajuk apa? jangan main cincai je!
+ 9 Kelas marketing & sales utk DS
+ Mindset yg perlu ditanam pada DS sebelum buat kelas, so bila buat kelas, DS absorbe ilmu tu dengan maksima!
+ 15 Contoh kelas Jubah Abaya SiFu
+ Bagaimana buat kelas yg menyentuh VISUAL, AUDIO & KINESTETIK DS supaya ilmu disampai dgn baik?
+ Tahukah anda, kebanyakan founder buat kelas SYOK SENDIRI? macam mana nak atasinya?
+ Apps & Tools buat video tutorial. kelas jenis apa yg perlukan video?
+ Tips & trick buat nota utk founder yg BARU atau PEMALAS
+ 9 tips killer buat kelas online anda jadi menarik.
+ Rules wajib pada DS sebelum memulakan kelas online @ live
+ [LIVE] Kelas online gaya Abaya SiFu
+ Founder perlu hasilkan ebook utk bina kredibiliti pada DS, akan didedahkan cara buat ebook dalam 1 malam.
+ Tips untuk Founder yang tak reti ajar langsung. #founderpemalas
+ [BEST] Sekali anda buat kelas pd DS, tiba2 dapat tarik ramai DS baru tanpa susah payah! percayalah sangat berkesan!
+ Strategi 9 Langkah kelas bersama DS. jangan pandang remeh. please!
+ Bagaimana nak penuhi rumah penginapan DS dengan produk anda! (walau DS tak simpan stok, tapi DS simpan benda lain, apakah itu!? )
+ Marketing kits utk DS. Bagaimana nak nak pakejkan?
.
———
Topik #5 REWARD 🙂
———
.
+ Mindset betul ketika beri reward & kenapa sangat penting
+ Bagaimana reward buat DS tak duduk diam. group meriah!
+ Kekerapan reward dalam masa 1 bulan. bukan sekali je!
+ 3 Strategi membentangkan poster reward pada prospek, DS lama & DS baru (1 bahan utk 3 jenis orang!)
+ 4 perkara HQ terlepas pandang bab reward
+ Cara costing harga, jenis & bilangan hadiah
+ Case-study reward yg OK & KO. (jangan ambil lekeh!)
+ Rahsia survey jenis reward dalam masa 60 saat.
+ DS & MultiChannel marketing. apa kaintannya?
.
———
Topik #6 ENGAGEMENT
———
.
+ Bina engagement hingga hasilkan #DSsyurga bukan #DSneraka
+ 50 tajuk engagement dengan DS
+ Bila Waktu yg diHARAMkan engagement?
+ Ciri founder dari NERAKA
+ Skrip weekly engagement (skrip didedahkan)
+ Engagement simple, tapi boleh buat DS menangis terharu, nak buat macam mana?
+ [WAJIB BELAJAR] Tarikh penting utk DS, kenapa anda kena tahu?
+ Strategi >> ‘Hadiah ft Engage’
+ Cara tanamkan minda DS bahawa syarikat tu milik jemaah DS bukan hanya milik founder
+ Hampir Setiap hari perlu tanya DS, kenapa perlu tanya? apa soalan nya?
+ Kenapa penting cerita hal KUCING kepada DS? (rahsia engagement manja)
+ Skrip engage DS yg krik..krik..krik..
+ Kekuatan Bisnes & DS : FEEDBACK CONTEST
+ Upgrade DS kepada stokis & seterusnya PARTNER! apa flow nya?
+ DS lama, bisnes baru?
+ [COMING SOON] Pengurusan PREMIUM & MASTER DROPSHIP
.
———
Nak Tengok Feedback Peserta ?
Klik di sini : https://t.me/joinchat/AAAAAEI_7NzQ-PHquJkMVA
———
.
NAK 2 TIKET FREE? Rujuk komen pertama
NAK JOIN KELAS? Rujuk komen kedua
. TQ!
#kelasPalingMahalDiDunia
#Cikgu_Cepul_Comel
#TipsUrusDropship_Online

YURAN DROPSHIP MAHAL GILER! , Hari ni cekgu nak ketuk sikit pasal yuran Ds

YURAN DROPSHIP MAHAL GILER!
Hari ni cekgu nak ketuk sikit pasal yuran Ds. Biasanya kita akan dengar macam-macam cerita pasal yuran Ds ni.
Produk CikJemah takda yuran,
Produk PakMat bagi yuran bapak mahal,
Produk MekSiti bagi yuran murah,
Produk Bang Jamal kena beli produk dulu untuk daftar jadi dropship.
Macam-macam lah korang ni kan. Takpe, itu terpulang pada strategy masing-masing. Dua-dua betul. Ikut strategi masing2.
Bab strategi yuran cekgu buat posting bila dah kawin no.3 nanti. #ehhhhh #gurauuuuuuu. Lain kali lah ya. Sambung baca.
Ada founder baik hati sangat bagi yuran free je untuk dropship. Dropship pun apa lagi, hati berbunga-bunga lah.
Takda rugi apa-apa.
Tak payah pos.
Tak payah packing.
Tak payah kawin. #ehh
Mengangkang je. Duit masyukkk.
Cekgu tak marah kalau awok nak bagi yuran free. TAK SALAH tau. Tapi dalam mazhab cekgu takda istilah “DROPSHIP TANPA MODAL!”
Bila dropship tak perlu bayar apa-apa. Ada beberapa hal akan terjadi. Antaranya terkena jangkitan virus #krik_krik_cengkerik ! Lama-lama nanti cekgu pulak terkena virus #rap_rap_menyirap jadi sebelum cekgu sakit baik cekgu kenakan yuran komitmen siap-siap !
Ds #krik_krik_cengkerik
Ponder #rap_rap_menyirap!
Faham? Paling pedih. Bila dapat Ds free ni. Tak serius @ tak repond bila kita ajor ilmu riban-riban. Perggghhhh. #panas
Satu lagi. Bila free. Stalker berlambak-lambak skodeng sistem awok tu. Memang lah stalker ni boleh bayar setakat yuran Rm30-Rm50. Tapi atleast tu tapisan pertama. Biasa stalker kelas rendah ni jenis takda duit. So yuran puluh-puluh tu dapat tapis spesis ni.
Tapi boleh ke kalau nak bagi yuran mahal?
Boleh. Tadek masalah. Cekgu tak cucuk pun mata awok semua kalau awak nak buat macam tu tapiiiii kenalah paham kenapa yuran awok-awok semua PERLU mahal ?
Baca betul-betul point di bawah ni awok wei!
Contoh, awok nak kenakan RM30 untuk dropship yang berminat nak masuk team awok. Lepas tu bila dropship soal balik, kenapa mahal sangat ? Awok pun takleh nak jawab sebab awok sesuka hati secukup rasa je bantai letak yuran memahal #awok_dah_kenapa ?
Kalau awok paham apa nilai RM30 sebagai yuran komitmen Ds, barulah awok senang nak explain betol-betol pada mereka yang berminat. Mungkin mahal sebab awok akan bagi online coaching ke, bagi flyers ke, banners ke.
Barulah dropship tu paham kenapa awok letak yuran sekian-sekian dan mereka tak akan rasa yuran tu mahal bila dah paham apa pulangan yang mereka akan dapat.
Nak letak mahal boleh tapi pastikan mahal tu prospek Ds faham apa yg depa dapat! & pastikan ikut costing yg betul & USP tu betul-betul bernilai. Boleh?
Ok lah. Kalau dah explain. Tapi prospek tu tetap kata RM30 tu mahal. Bagitau dia macam ni:
” Sis syg. Saya nak share 1 tips. Cara nak dapatkan RM30 dengan mudah. Supaya sis boleh bayar yuran RM30 tu. Sis simpan 1 hari 1 ringgit. Cukup 30 hari sis boleh bayar dah yuran Rm30. #Duit_TakBawa_Ke_Kubur! ” 😛
Ok baiiii
#Kelas_TipsUrusDropship_Online
#Mula 9-27 Oktober 2017
Wasap.my/60192855128/TUDO_Y

KENAPA RAMAI TIDAK BEBAS KEWANGAN DAN TIDAK BERHARTA

KENAPA RAMAI TIDAK BEBAS KEWANGAN DAN TIDAK BERHARTA.
======================================================
.
Seperti yang saya janjikan (biar pun anda tidak menepati janii anda untuk berikan saya 2K LIKE dan 500 SHARE) saya tetap tunaikan janji saya untuk menulis tentang pekara ini. Saya tidak menulis seperti cerpen atau novel , jadi saya “straight to the point” sahaja.
.
1. Majoriti atau kebanyakan orang tidak mempunyai matlamat kewangan yang jelas dalam hidupnya dan dari pengamatan saya kenyakan orang tidak tahu apa itu yang katakan sebagai matlamat kewangan dan bagaimana untuk menggambarkannnya.
.
2. Ianya bukan satu topik yang diajar semasa kecil oleh ibu bapa, kebanyakan ibu bapa tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan konsep “bebas kewangan dan berharta” , kalau mereka sendiri tidak tahu , macam mana nak ajar anak sendiri kan, maka mereka ajar anak mereka seperti mana mereka di ajar oleh ibu bapa mereka terdahulu yakni “belajar rajin-rajin , masuk universiti senang dapat kerja , boleh beli kereta dan rumah” mantra ini diulang-ulang maka hasilnya seperti yang di lihat hari ini.
.
3. Ianya bukan satu keutamaan dalam hidup kebanyakan orang untuk bebas kewangan dan berharta. Kebanyakan orang mendahukan keseronokan ,gaya hidup , kehendak orang lain (keluarga , rakan taulan dan masyarakat) dari mendahulukan masa depan sendiri.
.
===============================
INGIN MENAMBAH HARTA & BEBAS KEWANGAN
.
SILA KLIK WASAP —-> https://tinyurl.com/zt77jhe
SILA KLIK WASAP —-> https://tinyurl.com/zt77jhe
SILA KLIK WASAP —-> https://tinyurl.com/zt77jhe
================================
.
4. Ilmu ini tidak diajar di mana-mana institusi pendidikan , ianya perlu di cari , di tuntut dan di amalkan. Ianya memerlukan penggunaan akal , masa , tenaga dan wang ringgit dimana kebanyakan orang akan menjadikannya sebagai satu alasan dan halangan.
.
5. Tidak faham terma dan maksud yang dinyatakan. Kalau ditanya apa yang anda faham tentang ayat atau terma ” bebas kewangan dan berharta ?” kita akan dapat macam-macam pendapat dan pandangan kerana setiap orang punya persepsi dan ideologi sendiri tentang maksud ungkapan “bebas kewangan dan berharta” yang mana kebanyakannya adalah salah.
.
6. Persepsi masyarakat umumnya. Hak untuk menjadi bebas kewangan dan berharta hanya boleh di kecapi oleh orang atau golongan yang di lahirkan di dalam keluarga kaya sahaja sedangkan sesiapa pun boleh bebas kewangan dan berharta jika dia menggunakan 4 sumber yang setiap orang miliki yakni :-
a. Masa
b. Tenaga
c. Akal Fikiran
d. Wang
Saya akan kupas di dalam FB LIVE saya pada hari isnin ( 6hb Nov 2017 , jam 8:30 malam) tentang bagaimana untuk menggunakan 4 sumber yang semua orang miliki untuk bebas kewangan dan berharta jika tulisan ini mendapat 2 Ribu LIKE , 500 SHARE dan 100 rakan FB di TAG . Mudah sahaja kan , bukan kena bayar pun. Saya harap yang LIKE akan SHARE dan TAG rakannya sekaligus.
.
7. BIKIN TAK SERUPA CAKAP – kalau kita jumpa 100 orang dan tanyakan nak bebas kewangan dan berharta , semua nak kan tetapi berapa ramai yang akan ambil tindakan untuk bebas kewangan dan berharta? Selebihnya hanya akan memberikan alasan sahaja dan kalau ada pun yang berusaha mereka melakukan usaha yang salah. Anda semestinya faham akan hal ini. Termasuklah yang malas nak LIKE , SHARE dan TAG tulisan ini.
.
See Translation

JAWAPAN UNTUKMU, DS NAZRI AZIZ

JAWAPAN UNTUKMU, DS NAZRI AZIZ.
MOHON HADAM. TERIMA KASIH!
KERAJAAN NEGERI BUKAN DIBAWAH KERAJAAN PERSEKUTUAN, SEBALIKNYA RAKAN KONGSI DAN RAKAN SEJAWAT!
*NAZRI AZIZ TEMPELAK MENTERI PELANCONGAN SARAWAK*
Kenyataan Menteri Pelancongan dari Kabinet Persekutuan, Datuk Seri Nazri Aziz yang menempelak YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dengan melabel beliau sebagai “setahun jagung” adalah suatu tindakan tidak matang dan tidak berasas sama sekali. Kebimbangan YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah dalam kenyataan media baru-baru ini sesuatu yang mencerminkan pendirian tegas kerajaan negeri Sarawak yang perlu dihormati semua termasuklah kerajaan persekutuan itu sendiri.
1. Melabel YB Datuk Abdul Karim sebagai setahun jagung tidak relevan kerana beliau sudah berkecimpung dalam politik hampir 3 dekad dan menjawat jawatan Menteri Muda dalam 2 penggal. Hanya kerana baru sebulan duduk sebagai Menteri Penuh tidak bermakna beliau kekurangan pengalaman dan pengetahuan. Sudah pasti, sebagai Menteri Pelancongan Sarawak beliau berhak bersuara untuk isu ini walaupun baru sahaja dilantik. Tidak perlu menunggu untuk beliau berdekad-dekad dalam jawatan tersebut baru hendak bersuara, kerana kepercayaan dan keyakinan rakyat Sarawak sudah ada sejak dari saat pertama beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan, bahkan sebelum itu.
2. Portfolio Pelancongan Sarawak sudah wujud sejak beberapa dekad dahulu. Sebelum ini portfolio ini disandang oleh YAB Ketua Menteri Sarawak sedia ada, Datuk Amar Abang Zohari. Hal ini menunjukkan kewujudan portfolio pelancongan di peringkat negeri menunjukkan bahawa kerajaan negeri mempunyai pandangan dan cara tersendiri dalam menguruskan perihal pelancongan di negeri ini. Tambahan pula, perkara berkaitan pelancongan bukanlah diletak dalam Senarai Persekutuan, akan tetapi senarai bersama. Selain itu, Sarawak mempunyai hak yang tersendiri berlandaskan Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963 yang dirangkumkan dalam Akta Malaysia 1963.
3. Kembimbangan YB Datuk Abdul Karim adalah sesuatu yang wajar kerana pelaksaan Cukai Pelancongan turut memberi kesan kepada sektor pelancongan di Sarawak. Pembangunan infrastruktur, promosi, dan perbelanjaan berkait untuk memajukan industri pelancongan di Sarawak kebanyakannya dibiayai kerajaan negeri. Tidak seharusnya kerajaan negeri membelanjakan banyak wang untuk membangunkan industri pelancongan negeri, namun hasilnya dikaut oleh Kerajaan Persekutuan semata-mata. Oleh sebab itu, YB Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak wajar untuk mempersoalkan tindakan pelaksanaan Cukai Pelancongan dan memohon untuk penangguhannya bagi pihak kerajaan negeri Sarawak.
4. Dalam hierarki pentadbiran berasaskan konsep persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan adalah setaraf dan masing-masing mempunyai peranan yang tersendiri dalam pentadbiran yang berada dalam _locus standi_ masing-masing. Saya mencadangan YB Menteri Pelancongan dari kabinet persekutuan untuk mempertimbangkan persoalan dan kembimbangan YB Menteri Pelancongan, Kebudayan, Keseniaan, Belia dan Sukan Sarawak terlebih dahulu sebelum menempelak beliau kerana YB Datuk Haji Abdul Karim bukanlah Menteri dibawah seliaan atau kawalan beliau, namun merupakan “partner” atau lebih kurang rakan sejawat dari kerajaan negeri.
*SYAHRIZZAL ARFANDY BIN ADAM*
Penafian: Penulis tidak mewakili kerajaan negeri Sarawak apatah lagi mewakili Yang Berhormat Menteri berkenaan. Penulis melontarkan pendapat sebagai rakyat Sarawak dan Malaysia secara am. Dengan _Uberimae Fidei_ penulisan ini sama sekali tidak berniat membangkitkan sensitiviti perkauman/kenegerian, atau mengecam/mengkritik/mempersoalkan mana-mana pihak. Sebaliknya tulisan ini hanya bermaksud bebas tanpa memberati mana-mana pihak.