MELIHAT MASA DEPAN KEWANGAN

MELIHAT MASA DEPAN KEWANGAN …
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.
Bismillah ….
Kalau boleh semua orang nak ada ilmu telus mata , boleh melihat masa depan samaada cerah atau kelam , terutama berkaitan kewangan , sebenarnya semua orang boleh melihat masa depan kewangan masing-masing. Cuma ramai yang buat endah tak endah jer dan rasakan ianya bukan satu keutamaan sehinggalah sesuatu yang buruk berlaku depan mata dalam masa yang singkat, baru masing-masing meraban macam ungka.
.
1. Siapa kenkawan , sahabat handai , kenalan , sedara mara dan member kamcing yang rapat di sekeling kita , kalau majoritinya sengkek , besar kemungkinan kita juga sengkek macam mereka sebab pepatah ada yang menyatakan “enggang sama enggang dan pipit sama pipit dan punai terbang sendirian” , part punai tu saya tambah sendiri. Kenapa macam tu pulak .. sebab sikap dan pandangan diorang mempengaruhi sikap dan pandangan kita .. orang jawa sebut sebagai “peer influence” , pengaruh orang sekeliling , oleh itu hati-hati memilih siapa yang kita bawa masuk dalam hidup kita.
.
2. Bagi yang ambil pinjaman pendidikan seperti PTPTN , kecuali dapat Ijazah kepujian kelas pertama , lepas habis belajar di menara gading dah tentu nak kena bayar balik pinjaman , maka buat persediaan awal , dah tahu tak boleh elak punya , lagi buat-buat lupa.
.
3. Kalau dah couple mesti nak nikah , habis kau ingat nikah tu free ? Kena tangkap basah pun masih kena banyar beb. Bila nak kumpul duit kahwin ? Takan nak harapkan pinjaman peribadi nanti anak 3 orang hutang kahwin tak langsai lagi.
.
===============================
INGIN MENAMBAH HARTA & BEBAS KEWANGAN
.
SILA KLIK WASAP —-> https://tinyurl.com/zt77jhe
=================================
.
4. Kalau kerja jauh dan perlukan pengangkutan sendiri , nak kena beli kenderaan sendiri , lain la bila mula kerja , mak abah nak bagi kenderaan untuk korang guna secara percuma , paling tidak minyak dan penyelenggaraan nak kena keluar duit juga kan, kalau berhutang sampai bila nak ada duit simpanan kalau semua duit dah habis bayar hutang kenderaan setiap bulan?.
.
5. Kalau berlaku sesuatu kecelakaan , kemalangan dan kecederaan dan masuk hospital camner? siapa nak bayar bil ribu riban ? Takan sanggup nak masuk surat khabar dan rancangan bersamu menagih simpati.
.
6. Satu hari mesti nak tinggal di rumah sendiri , sampai bila nak menyewa rumah orang kan , habis tu nak beli guna apa? kertas tisu tandas ?
.
7. Setiap tahun anak masuk sekolah , kenapa tak bersedia sejak anak lahir? takan pandai buat anak jer tapi bela anak tak pandai? Apa yang di buat selama 3 tahun sebelum anak nak masuk taska , taski , sekolah?
.
8 Setiap tahun kita beraya . 2 kali raya pulak tu , takan tak tahu setiap kali raya nak guna duit , takan baru tahu kot ? apa yang dibuat berbulan-bulan sebelum raya? Sebulan sebelum Raya baru nak gelabah?
.
Dan lagi .. lagi .. lagi ……..
.
Nampak tak apa yang saya nampak ? tak perlu Ilmu Telus Mata pun boleh nampak apa yang bakal mendatang kan .. oleh itu buat la persediaan awal , takda alasan , lebih kurang mcam mati la .. semua orang tahu suatu hari nanti kita semua akan mati kan .. habis tu bila lagi nak siap-siapkan bekal mati kita?
Begitu jugalah dengan kewangan , 99% keperluan kewangan akan datang kita dah tahu dah .. takan nak harap satu punca pendapatan sahaja ? takan nak bayar hutang seumur hidup ? Takan nak buat-buat terkejut apabila perkara-perkara di atas berlaku kan ? Lagi banyak alasan.
.
Waallahualam
.
SILA READ | COMMENT | SHARE | TAG | FOLLOW
.

Ini ada sebuah tulisan layak direnungkan

Ini ada sebuah tulisan layak direnungkan.
Tujuh Keajaiban Dunia yg acapkali kita lupakan.
1. Boleh Melihat
2. Boleh Mendengar
3. Boleh Menyentuh
4. Boleh diSayangi
5. Boleh Merasa
6. Boleh Tertawa, dan
7. Boleh Mencintai…
Tidak perlu mencari sampai ke ujung bumi untuk menemukan keajaiban. Keajaiban itu ada di sekeliling kita untuk kita miliki dan tak lupa untuk kita syukuri…
Jom renungkan ?

Jangan sangka usahawan yang hebat itu takpernah buat salah dan takpernah lalui kegagalan dalam hidup

Jangan sangka usahawan yang hebat itu takpernah buat salah dan takpernah lalui kegagalan dalam hidup.
Sebenarnya saban hari mereka melalui kegagalan bahkan kadangkala hela nafas mereka sudah menjangka entah apa apa lagi kegagalan yang bakal muncul.
Tapi membezakan mereka dan kita adalah semangat juang yang takpernah luntur. Melangkah dan terus melangkah. Pecut dan terus memecut.
Hinggakan kegagalan malu dan letih dengan mereka yang akhirnya memberikan kemenangan secara terhormat untuk mereka rangkuli.
Ingat.!!!
Disaat kau kata aku kalah, ketika itulah engkau tahu, kau adalah normal, dan bukan luarbiasa.
….
2016

BAGAI TERKENA ELEKTRIK, , SAYA TERSEDAR, RAMAI TAKTAHU RUPANYA

BAGAI TERKENA ELEKTRIK,
SAYA TERSEDAR, RAMAI TAKTAHU RUPANYA.
Saya mahu 50 rangkaian Kasturi Emas. Serah diri dengan rela mahu saya guide. Terutama ‘hukum kewangan’ dan ‘urus harta’.
Kamu bukan berguru atau bersifu dengan saya!
Tapi saya bantu atau dorong saja. Anda akan belajar dari orang yang pernah kena kencing berjuta ringgit dan patuk berkali kali.
Kita implimentasi dan aplikasi melalui ilmu universiti kehidupan (keinginan yang jelas). Saya akan bawa 3 fasa.
1. Survival.
2. Consistent.
3. Self esteem.
(Kita takmahu mati dalam hutang, kita takmahu mati pokai)

DEDIKASI KHAS , Kalau harini kita gagal, bukan bereti esok kita berjaya, kalau minggu ni kita gagal, bukan bererti minggu depan kita berjaya

DEDIKASI KHAS
Kalau harini kita gagal, bukan bereti esok kita berjaya, kalau minggu ni kita gagal, bukan bererti minggu depan kita berjaya.
Dan kalau bulan ini kita gagal, bukan bererti bulan depan kita berjaya. Dan kalau tahun ini kita masih gagal, belum tentu juga tahun depan kita berjaya.
Tapi, dalam 10 tahun akan datang, kamu akan melihat, kitalah orang paling #berjaya!
.

BAKAR PUN SODAP, Ikan ini dikatakan sangat berhantu

BAKAR PUN SODAP
Ikan ini dikatakan sangat berhantu. Jika simpan dalam tempayan atau besen, tutup rapat dan tindan batu, letak dalam bilik air sekalipun, tahu tahu kamu boleh lihat dia tergedik gedik bersama kumpulannya didapur. Macam mana dia keluar?
Banyak kes dia lompat masuk mulut dan takboleh tarik. Sebab dia kembangkan sirip berdurinya. Orang bandar 99% taktahu ikan apa. Mereka jawab jalan selamat, ikan darat!

BER EVOLUSI LAH

BER EVOLUSI LAH.
Baru baru ini, Negara gempar dengan status seorang wanita mengakui memiliki 6 biji rumah dengan gaji hanya RM2500.
Semalam juga gempar dengan tweet seorang hamba Allah tentang seorang pakcik yang hampir sejam mempelawa penumpang penumpang yang turun KTM untuk guna perkhidmatan teksinya.
…..
Beginilah kawan, kamu melihat dari dimensi mana, saya tidak mahu ulas. Saya cuma anjurkan atau cadangkan kepada kamu untuk melihat apa jua isu dari skop berbeza (keluar sistem) dan buat kajian silang.
1. Kamu jangan peduli betul atau tidak apa wanita itu katakan, kamu ambil pen dan kertas, buat pengiraan sendiri, jika tidak tahu, rujuk pada yang mahir atau berpengetahuan. Kurang kurang, jika kaedah dan teori itu munasabah betul, kamu sudah tahu kadar kemampuan kamu pada skala mana, disini kamu sudah mampu membuat #keinginan jelas, berapa biji kamu mahu miliki sebelum pencen. Kalau dia 6, kamu dapat 3 pun jadila.
2. Berkait isu pakcik teksi yang mencari pelanggan hampir sejam. Rata rata netizen sudah beralih kepada Uber dan Grab. Ini pergerakkan arus semasa yang tiada siapa mampu nafikan. Samada kamu berenang mengikut arus agar tidak menjadi Kodak dan Nokia, atau kamu teguh mencipta USP (unique selling proposition) kamu sendiri. Pakcik boleh rujuk anak pakcik atau anak pakcik boleh bantu pakcik daftar join MyTeksi.
……..
BRIM
Kamu boleh pilih untuk habiskan dalam 1 hari atau 1 tahun. Ingat, keldai tidak memilih barang untuk diangkut, tapi kita yang menentukan barang apa yang mahu dibawa.
Duit hanya pergi kepada orang yang faham ‘hukum duit’ dan harta hanya bertambah bagi yang tahu ‘urus harta’.
Insyallah kalau ada rezki, saya akan kongsikan bagaimana orang makan gaji boleh kaya, dan orang banyak idea (usahawan) kekal miskin.
#Belajarlah

Mana mana ibu yang susah hati anak nak masuk sekolah bulan 1 ni, dah boleh start kongsi pengetahuan Parfum Natures

Mana mana ibu yang susah hati anak nak masuk sekolah bulan 1 ni, dah boleh start kongsi pengetahuan Parfum Natures. Dapat RM1000-2000 bantu suami pun jadilah.
Mengeluh takkan menambah apa apa pendapatan kita. Bila kita berada dalam setuasi tertekan, ada 2 petua untuk hadapi :
1) Pastikan kita bertindakbalas dua kali lebih kuat, mutlak!
2) Jangan cakap kenapa dunia kejam dan uji aku, tapi cakaplah, cuba aku!
#MoveSmart.