BICARA DENGAN TEMAN BAHARU

BICARA DENGAN TEMAN BAHARU.
Seperti biasalah kalau ke PPHUKM untuk rutin rawatan kanser akan berjumpa dengan insan senasib yang juga datang untuk melalui hal yang sama. Setiap kali ke pusat rawatan ini baik semasa di dalam ward, di pusat rawatan harian D Care ataupun di jabatan nuklear untuk menjalani imbasan Ct Scan atau PetScan akan menemui “rakan” senasib yang baharu.
Maka kami pun tanpa segan silu saling sapa menyapa untuk berkenalan serta menggali masalah masing-masing. Semua itu adalah untuk mencari pengalaman kemudian dipadan dengan apa yang berlaku pada diri sendiri.
Saya bersikap terbuka (open mainded) dan rajin menyapa dan mengorek rahsia. Setengah daripada pesakit kronik ini malas, atau segan dan tidak ada angin untuk bercakap. Mereka lebih suka menyendiri melayan jiwa yang resah. Sikap negatif begini tidak baik kerana menyendiri dan mendiamkan diri ia adalah seperti “sakok” untuk menyediakan ayam untuk bertelor kemudian menetas.
Pagi tadi saya berjumpa dengan dua rakan baharu, sama-sama menanti giliran untuk menjalani PetScan. Seorang remaja 15 tahun dan seorang ibu berusia baharu 54 tahun. Kedua-duanya menghidapi kanser limpoma seperti saya.
Saya lihat si ibu itu pucat dan bermurung. Senyumannya juga tawar. Wajahnya lemah dan kusam persis baru bersalin seminggu. Dia baharu menjalani komotrapi kali ketiga daripada enam kali. Rambutnya sudah mula luruh. Manakala yang remaja sudah habis melalui enam pusingan yang ditetapkan dan datang untuk menjalani imbalasan PetScan kali ke lima, sama seperti saya. Dia kelihatan ceria walaupun ada bekasan calar kebimbangan diwajahnya.
Saya hendak fokus kepada ibu berkenaan sahaja. Saya memahami walaupun dia tidak bertanya tetapi dia mahu mengetahui pengalaman yang kami (saya) lalui. Maka saya bercerita dari mula hingga akhir. Panjang ceritanya dan saya akan catat mengenai sakit ini dan isi perbualan dengannya dalam buku buku mengenai “sakit” yang dalam proses. InsyaAllah.
Saya simpulan perbualan saya dengan si ibu tadi begini, kata saya; “seseorang yang meninggal dunia bukan kerana kanser, tetapi kerana lain, kanser bukan pembunuh. Ayat itu cukup phobia dan kita kena buang jauh-jauh dari diri kita.
“Ayat itulah yang memberi semangat kepada kanser untuk membunuh kita sebenarnya, maka kita kena lawan dengan mengtatakan kanser bukan pembunuh. Umur dan ajal kita ditetapkan Allah yakinlah.”
Ibu itu mengemam bibir mulutnya lama sekali saya lihat ia bergetar beberapa ketika. Kemudian saya nampak matanya seakan berair. Dia menyembunyinya tetapi saya cukup mengerti sikapnya itu.
“Terima kasih Encik kerana memberi semangat dan penawar buat saya hari ini. Sebelum ini tidak ada seorang yang melawat saya sepanjang saya diketahui menghidap kanser ada orang berkata seperti ini. Terima kasih, terima kasih banyak”, ujar ibu itu secara tiba2 jadi sumaringah. Sejurus kemudian dia pamit untuk ke bilik Petsan kerana gilirannya sudah tiba. Dia semacam tidak puas untuk terus berbual dan bercerita dengan saya.
Saya doakan semoga ibu yang menjadi kawan senasib saya itu, juga remaja itu sihat segera dan dia bertambah kuat untuk melawan kanser. Dan semoga mereka pegang kepada keyakinan yang saya tegaskan “yang mematikan seseorang itu, bukan kanser dan apa-apa, kecuali Allah menentukan segala-galanya”. Wassalam Mso.

Politik kat Jepun boleh tahan menarik juga

Politik kat Jepun boleh tahan menarik juga.
Pilihanraya Jepun akan diadakan pada 22 Oktober. PM bertahan, Shinzo Abe daripada Liberal Democratic Party (LDP) dicabar oleh barisan pembangkang yang dipimpin oleh Gabenor Tokyo, Yuriko Koike.
Koike (baca Ko-ike bukan Koi-ke) dulu adalah BFF Abe. Pernah menjadi menteri pertahanan di bawah Abe. Tapi Koike keluar daripada LDP dan menubuhkan parti Kibō no Tō (希望の党) yang bermaksud Parti Harapan (aik, semacam).
Di Jepun, kalau nak berjaya dalam politik, kena ada ayah “somebody” yang jadi payung. Shinzo Abe ialah anak kepada otai LDP semasa 1980-an, Shintaro Abe dan cucu kepada mantan PM, Nobusuke Kishi (1957-1960). Jadi sejak usia yang muda Abe sudah dicop sebagai “bakal PM”.
Ayah Koike bukan “somebody”, dan jalan kehidupan Koike pun lain daripada yang lain: belajar di Mesir, fasih berbahasa Arab, dan pernah bekerja sebagai pembaca berita. Ini menyebabkan Koike memiliki aura “outlier” yang boleh membawa perubahan, seperti watak Takuya Kimura dalam drama “Change”, tapi hatta watak Kimura dalam drama itu pun anak kepada PM.
Sebenarnya ada juga “somebody” di belakang Koike. Orang itu ialah mantan PM, Junichiro Koizumi (2001-2006). Koizumi ialah mentor kepada Abe. Dulu Koizumi sayang Abe sampai nak memastikan Abe jadi penggantinya. Tapi disebabkan perbezaan pendapat tentang isu nuklear, Koizumi merajuk dengan Abe dan berkempen untuk menjatuhkan Abe (aik, macam pernah dengar je skrip itu).
LDP ni parti yang disokong oleh syarikat-syarikat besar. Duit banyak. Susah nak dijatuhkan. Tapi bukannya tak mungkin dijatuhkan: LDP pernah ditewaskan oleh Minshutō (Democratic Party) pada tahun 2009. Tapi Minshutō waktu jadi pembangkang je sembang lebat, apabila diberi peluang mentadbir punyalah lembab. Maka rakyat pun kembali kepada LDP pada tahun 2012. Tak ada maknanya “change for the sake of change”.
Dalam LDP pun ada banyak “factions” (派閥 / habatsu). Ada Team A, B, C, D sampai Z. Dulu Abe masa mula-mula jadi PM (tahun 2006) tak pandai menguruskan habatsu ni, jadi lepas setahun je terus ditendang keluar. Selepas itu baru Abe jadi bijak sikit dan kembali menjawat PM pada tahun 2012 sehingga kini, menjadi PM Jepun yang paling lama berkuasa selepas Eisaku Sato (1964-1972) dan Shigeru Yoshida (1948-1954).
Sebenarnya Abe ada masa setahun lagi untuk membubarkan parlimen, memandangkan parlimen Jepun dibubar setiap 4 tahun sekali dan pilihanraya terakhir diadakan pada tahun 2014. Cuma sejak kebelakangan ini, ada ramai ahli LDP mendesak Abe meletak jawatan atas kekalahan LDP dalam pilihanraya tempatan Tokyo pada Julai yang lepas, antaranya Shinjirō Koizumi, anak kepada Junichiro Koizumi (aikkk). Maka Abe pun memanggil pilihanraya ini sebagai cara untuk membuktikan kedudukannya sebagai pemimpin parti.
Jadi, politik di mana-mana sebenarnya sama saja. Politik adalah perebutan kuasa (“struggle for power”). Kalau merebut kuasa, mestilah akan berlaku khianat, mungkir janji, tipu helah, cantas-mencantas, aib-mengaib dan sebagainya.
Dalam politik tiada sahabat yang kekal, tiada musuh yang abadi, yang ada hanya kepentingan. Kawan semalam boleh jadi musuh hari ini, lawan hari ini boleh jadi kawan hari esok.
Jadi, tak perlu kita taksub sangat dengan politikus ni. “Power corrupts”. Politikus yang nampak suci dan murni pun, lepas dapat kuasa akan mula tunjuk tembelang.
Sebagai citizen, kita hanya perlu bersifat neutral dan menilai politikus secara adil, tak perlu sampai berkawan dan berkahwin pun nak tengok parti politik. Carilah titik pertengahan antara “political apathy” dan “political fanaticism”.
Dan kalau dah masuk gelanggang, kena tahu “rules of the game”. Politik sememangnya adalah pasal cantas-mencantas. Tak perlu menangis, tak perlu mengadu. Zaman sekarang kena cantas hilang jawatan je, dulu zaman Revolusi Perancis hilang kepala terus. Politik bukan untuk golongan yang “faint-hearted”, lagi bukan untuk golongan yang idealistik dan percaya bulat-bulat janji politikus.
Namun yang hairannya, Koike tidak bertanding dalam pilihanraya kali ini, hanya berkempen untuk partinya sahaja.
Mungkin Koike nak menguji tahap penerimaan orang ramai terhadap partinya dahulu. Lagi pun, dengan masalah Korea Utara dan Donald Trump sekarang, ini bukan masa terbaik untuk menjadi PM, walaupun gelaran “PM wanita Jepun pertama” itu sangatlah menggoda.
Atau mungkin sebenarnya Koike dan Abe ada “secret bargaining”. Mereka saja nak berwayang: mula-mula Koike nak cabar Abe, tapi selepas Koike menarik diri, parti LDP akan kekal berkuasa dan prestij Abe akan terpelihara. Maka siaplah puak-puak Koizumi dan Taro Aso selepas itu.
After all, politics is the art of possible.

Kisah Suren, si Nepal berumur 25 tahun yang hidup di Malaysia dengan pendapatan RM26,000 sebulan

Kisah Suren, si Nepal berumur 25 tahun yang hidup di Malaysia dengan pendapatan RM26,000 sebulan.
Malam tadi jam 10.30 den pergi ke rumah sewa lama untuk selesaikan beberapa barang yang masih tertinggal.
Rupa-rupanya rumah tersebut sekarang disewa oleh Suren bersama abang dan kakak iparnya.
Disebabkan den rakyat malaysia yang berhemah dan berjiwa mulia, den mulalah berbual dengan Suren, asal usul, kerja lama, kerja sekarang, apa bikin, kehidupan di Nepal, gunung everest, pemimpin korupsi di Nepal, polis makan rasuah dan banyak lagi.
Yang paling den terkejut beruk, bila Suren cerita pekerjaan sekarang dan jumlah pendapatannya.
Dari jam 10.30 malam, kami berbual hingga jarum menginjak 12.20 tengah malam. Dah macam jejak kasih jumpa saudara yang lama terpisah.
Kisahnya begini, 2 tahun lepas Suren ni cuma “general worker” di sebuah kilang di Rawang. Namun, dia nampak potensi perniagaan apabila dia lihat ramai orang Nepal di sini.
Suren mula buka bisnes kedai makan, khas untuk orang Nepal. Modus operandi Suren cukup bijak, dia menawarkan pada pekerja Nepal yang ada di Rawang pakej bulanan berharga RM220 untuk makan 2 kali sehari selama satu bulan. Sehari jatuhnya lebih kurang RM7.30 beserta khidmat “free delivery”.
Jika pelanggan yang tidak mahu pakej bulanan, atau pelanggan yang “walk in”, harga makanan akan jauh lebih mahal mencecah RM11. Jadi, kebanyakan pelanggan lebih berminat dengan pakej bayaran bulanan RM220/bulan.
Sekarang Suren sudah ada pelanggan tetap Nepal yang mengambil pakej bulanan seramai 120 orang.
120 orang X RM220 = RM26,400
Ini pendapatan kasar minima Suren, tidak dicampur dengan pelanggan yang “walk in”.
Dia boleh menggaji 6 orang pekerja. Kakak iparnya sebagai “cashier”, abangnya sebagai “supervisor”, dua orang Nepal menguruskan “food packaging”, dan dua orang lagi Nepal sebagai “chef”, teringat den pada Kame Daud.
Jadual hidup Suren :
5.00 am – banngun dan pergi ke kedai
7.00 am – mulakan “delivery pertama”
10.00 am – Suren pulang ke rumah untuk rehat dan tidur sampai jam 4.00 pm
5.00 pm – selepas mandi (kalau dia mandi la), Suren pergi semula ke kedai
6.00 pm – “delivery kedua”
10.30 pm – balik rumah tidur
Kagum den dengan Suren, boleh menyewa sebuah kedai daripada orang Melayu, boleh menggaji 6 orang pekerja, dan yang hebatnya, berjaya membeli sebuah kereta proton waja RM8000 secara tunai.
Ujar Suren, hei kawan, kirja dengan worang (makan gaji), hujung bulan ngam ngam bilanja duiy habis. Miniaga bulih untung la. Dah macam Encik Azizan Osman den dengar Suren cakap. Haha.
Itulah kisah Suren, jejaka Nepal yang bijak mengambil peluang. Asalnya di Nepal cuma bekerja kampung, datang ke Malaysia sebagai pekerja kilang, dan sekarang sudah bergelar pengusaha kedai makan.
Apa lagi alasan kita sebagai rakyat di bumi bertuah ini. Marilah berusaha memerah keringat.
Suren yang belakang, den yang depan. Korang jangan tersalah pula, muka memang lebih kurang. Nanti den nak periksa salah silah keturunan, mungkin nenek moyang den asalnya Nepal. Jubake.
Disclaimer : ketiak Suren tak busuk, musykil juga den.
IZZAT ISMAIL (013-325 3267)
Perunding Hartanah Berwajah Nepal
See Translation

“Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya, tetapi…

“Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.” [al-Ahzaab:32] Seorang wanita mu’minah itu janganlah berbicara dengan lelaki yang bukan mahramnya sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. [Tafsir Ibnu Kathir]

ABE MITHALI, Shinzō Abe berjaya mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Liberal Democratic Party (LDP) di Dewan Perwakilan (House of Representative)…

ABE MITHALI
Shinzō Abe berjaya mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Liberal Democratic Party (LDP) di Dewan Perwakilan (House of Representative) Jepun. Ini bermakna Abe diberi mandat 4 tahun lagi untuk menerajui kerajaan Jepun.
Jika tiada aral lintang, Abe bakal menjadi PM Jepun yang paling lama berkuasa (2012-2021) dengan memerintah selama 3,192 hari, mengatasi tempoh pemerintahan Eisaku Satō (1964-1972) iaitu 2,798 hari dan Shigeru Yoshida (1946-47; 1948-1954) yang memerintah selama 2,616 hari.
Tindakan Abe membubar parlimen dan memanggil pilihanraya kali ini sebenarnya bersifat “gamble”. Sejak Julai 2017, kedudukan Abe dalam bahaya. Beliau dipersalahkan atas kekalahan LDP dalam pilihanraya tempatan Tokyo di tangan Yuriko Koike. Kadar “approval rating” terhadap Abe menjunam ke 29%. Sejarah 2007 bakal berulang, di mana Abe yang pertama kali menjawat PM masa itu terpaksa meletak jawatan akibat kekalahan LDP dalam pilihanraya dewan House of Councillors yang menyebabkan “approval rating” Abe menjunam ke 29%.
Abe yang berumur 52 tahun ketika itu merupakan PM termuda dalam sejarah Jepun. Abe ketika itu terlalu muda dan mentah. Abe tak mampu bertahan dengan desakan dalaman parti dan beliau memilih untuk melepaskan jawatan kepada Yasuo Fukuda dan Tarō Asō yang telah lama mengambil peluang ke atas kegagalan Abe.
Seperti yang dikatakan oleh Machiavelli, kejayaan politik bergantung pada “fortuna” (fortune / chance) dan “virtù” (skill). 6 tahun selepas Abe membawa diri jauh daripada teras kuasa LDP, LDP berada dalam keadaan lemah. Politik Jepun dalam tenat, dalam masa 6 tahun tiada seorang PM pun mampu kekal lebih daripada setahun. Abe mengubah imejnya yang lemah lembut dan kembali sebagai “strongman” yang boleh “make Japan great again” melalui “Abenomics”. Akhirnya beliau diberi peluang kedua sebagai PM pada Disember 2012.
Dan untuk kali ini, Abe juga berjaya “seize the moment” dan “turn disadvantage into advantage” dengan mencabar balik Yuriko. Kini Abe berjaya mencatat rekod kemenangan, maka senyaplah semua musuh-musuh Abe dalam LDP. Tiada lagi alasan untuk menggulingkan presiden.
Sebenarnya Abe nak jadi PM lama-lama bukan sebab gila kuasa. Abe adalah seorang anak mithali, beliau menjadi PM sebenarnya adalah untuk menunaikan hasrat ayahnya, Shintaro Abe.
Shintaro Abe merupakan salah seorang ahli LDP yang terkemuka semasa 1980-an, namun Shintaro tak berjaya menjadi PM kerana ditewaskan oleh rakan seperjuangannya, Noboru Takeshita dalam pemilihan presiden LDP tahun 1987. Ketika itu, Shinzō Abe merupakan pembantu kepada ayahnya. Beliau menangis kuat setelah mengetahui keputusan tersebut dan menganggap Takeshita telah mengkhianati ayahnya.
Hari ini, salah seorang pencabar Abe ialah Nukaga Fukushiro, anak murid kepada Takeshita. Jadi secara simboliknya, Abe sedang membalas dendam bagi pihak ayahnya. Abe umpama daimyō (warlord) di zaman Sengoku yang berusaha mempertahankan hak dan kehormatan keluarganya.
Selain itu, Abe juga merupakan seorang cucu mithali. Abe dijangka akan memanfaatkan 4 tahun yang akan datang untuk terus mendesak agenda pemindaan Perlembagaan Jepun yang melarang Jepun untuk memiliki tentera sendiri. Abe ingin menunaikan hasrat atuknya, Nobusuke Kishi (岸信介) yang ingin melihat Jepun kembali menjadi sebuah negara yang mampu mempertahankan diri.
Perlembagaan Jepun tahun 1947 yang diperkenalkan selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua (WW2) menyatakan dalam Perkara 9 bahawa “the Japanese people forever renounce war as a sovereign right of the nation” (日本国民は「国権の発動たる戦争・・・永久にこれを放棄する」). Justeru itu Jepun tidak memiliki tentera atau “gun” (軍), yang ada hanya Self-Defense Forces (SDF) atau “Jieitai” (自衛隊).
Tujuan Perkara 9 diperkenalkan adalah agar Amerika memikul tanggungjawab pertahanan Jepun, sementara itu Jepun hanya perlu berfokus kepada soal pembangunan untuk memajukan ekonomi Jepun yang hancur akibat perang. Dasar ini di disokong oleh PM ketika itu, Shigeru Yoshida dan dikenali sebagai Doktrin Yoshida.
Kishi mencabar Doktrin Yoshida. Semasa Kishi menjadi PM (1957-1960), Kishi menandatangani perjanjian Treaty of Mutual Cooperation and Security atau “Anpo” (安保) dengan Amerika Syarikat. Disebabkan perjanjian pakatan ketenteraan merupakan satu “mutual defense commitment”, jadi pemeteraian perjanjian ini sebenarnya adalah langkah pertama agar Jepun kembali memiliki tentera (rearm). Dasar Kishi ini sangat kontroversial dan Kishi meletak jawatan akibat bantahan orang ramai terhadap Anpo.
Ideologi Kishi diwarisi oleh ahli LDP yang melihat diri sebagai “Kishi-ha” (岸派), seperti Takeo Fukuda, Shintaro Abe (menantu Kishi), Junichiro Koizumi dan Shinzō Abe sendiri. Koizumi mengguna anti-terrorism sebagai alasan untuk menghantar SDF ke Iraq dan Afghanistan, di luar lingkungan kawasan wilayah Jepun. Abe pula mengguna ancaman China sebagai alasan. Tahun 2007, hanya 67% rakyat Jepun saja yang berpandangan negatif terhadap China; pada tahun 2013, peratus tersebut meningkat kepada 93%.
Dan tentunya China sangsi dengan niat Abe. China mendakwa bahawa Abe cuba menghidupkan kembali militarisme Jepun semasa zaman WW2, dengan mengungkit fakta bahawa atuk kepada Abe iaitu Kishi adalah seorang “class A war criminal”.
Dengan majoriti 2/3 yang ada, Abe mampu mencapai cita-citanya. Cuma, Abe bakal menghadapi tentangan daripada sebahagian besar rakyat yang mempertahankan Perkara 9. Adakah “fortuna” akan menyebelahi Abe kali ini agar beliau tidak mengulangi nasib Kishi? Dan apakah “virtù” yang Abe ada untuk mengubah persepsi rakyat?
Dalam 4 tahun yang akan datang, Abe bakal menjadi “game changer” di Asia Timur.
gambar kiri: Abe menziarahi kubur Kishi.
gambar kanan: Kishi menandatangani Anpo, disaksikan oleh Presiden Amerika, Dwight Eisenhower.

Nobel Prize in Economics tahun 2017 dimenangi oleh Richard Thaler, seorang profesor ekonomi di Universiti Chicago yang merupakan mujtahid dalam…

Nobel Prize in Economics tahun 2017 dimenangi oleh Richard Thaler, seorang profesor ekonomi di Universiti Chicago yang merupakan mujtahid dalam mazhab “Behavioral Economics” (ekonomi tingkah laku).
Ekonomi sebenarnya adalah sains tentang tingkah laku manusia. Pengeluaran (production), penggunaan (consumption), pengagihan (distribution) dan pertukaran (exchange) barangan ni merupakan tingkah laku manusia. Ekonomi bukan “rocket science” tapi lebih kepada “common sense”.
Tapi ahli-ahli ekonomi arus perdana suka meng-abstrak-kan manusia menjadi “homo economicus” (economic man) yang seolah-olah boleh membuat keputusan sempurna dengan rasional. Menurut mereka, pasaran bebas adalah mekanisme yang terbaik kerana ejen-ejen ekonomi “homo economicus” ni boleh buat keputusan untuk menghasil, membeli dan mengagih sumber ekonomi secara optimum dan efisien.
Jadi teori-teori ekonomi arus utama suka guna formula matematik yang rumit nak mampuih untuk menerangkan konsep-konsep ekonomi. Sebab bagi mereka, keputusan ekonomi manusia ini adalah “perfectly calculatable”.
Seperti Herbert Simon (pemenang Nobel 1978) dan Daniel Kahneman (pemenang Nobel 2002), Thaler ni adalah antara ahli ekonomi yang cuba melakukan tajdid terhadap ilmu ekonomi dengan teori tingkah laku. Behavioral economics cuba membuktikan sebenarnya tingkah laku ekonomi manusia tidaklah rasional mana pun, malah lebih banyak berdasarkan “bias” yang membawa kepada pembaziran dan ketidakstabilan ekonomi.
Antara contoh-contoh bias yang disebut dalam buku-buku Thaler termasuk “herd mentality” (mentaliti ternakan). Pengguna ni sebenarnya membeli sesuatu barang atas sebab ikut-ikut orang, macam kambing ikut pengembala. Apatah lagi pengembala tu orang yang ada pangkat Datuk terlajak kaya yang memakai dua jam tangan. Jadi pendukung “behavioral economics” ni melihat perlu adanya pihak berkuasa yang boleh mengawal peniaga yang mengguna taktik “herd marketing” untuk mencari keuntungan.
Satu lagi jenis bias ialah “endowment effect”. Endowment effect ni menjadikan sesuatu harga barang tidak munasabah. Keadaan ini selalunya berlaku dalam pasaran hartanah di mana orang cenderung untuk menjual hartanahnya melebihi harga pasaran berdasarkan nilai sentimental. Akibatnya ialah harga hartanah yang asyik melambung. Tanpa campur tangan yang bersesuaian, pasaran akan hilang kawalan, membawa kepada “bubble” dan “crash”.
Bab-bab ekonomi ni saya bukan pakar sangat, lebih kepada autodidak (bukan autodedak, “autodidact” – maksudnya “belajar sendiri” – rujuk artikel Helmi Effendy dekat https://www.facebook.com/yakrasivy/posts/1825066454189602). Jadi kalau kamu ada kawan yang belajar ekonomi, bolehlah tanya pasal behavioral economics dekat mereka. Dan kamu akan sedari sebenarnya kebanyakan fenomena pelik-pelik kat Malaysia ni, Qu Hitam ke Lalaswara Empire ke scammer ke, adalah berpunca daripada manipulasi peniaga oportunis terhadap psikologi orang ramai.
p/s: buku Richard Thaler terkini iaitu “Misbehaving: The Making of Behavioral Economics” (2015) boleh dapat di pasaran.

Nobel Peace Prize (Hadiah Keamanan Nobel) bagi tahun 2017 dimenangi oleh International Campagin to Abolish Nuclear Weapons (ICAN), sebuah NGO yang…

Nobel Peace Prize (Hadiah Keamanan Nobel) bagi tahun 2017 dimenangi oleh International Campagin to Abolish Nuclear Weapons (ICAN), sebuah NGO yang ditubuhkan pada tahun 2007 untuk mendesak negara-negara menandatangani Perjanjian Pengharaman Senjata Nuklear (Treaty on the Prohibition of Nuclear Weapons / TPNW).
Menurut wasiat Alfred Nobel, hadiah keamanan harus diberikan kepada mereka yang telah menyumbang kepada perdamaian antarabangsa (“fraternity between nations”) melalui pembubaran atau pengurangan tentera (“abolition or reduction of standing armies”) dan penganjuran persidangan keamanan (“holding and promotion of peace congress”).
Jadi ICAN ni kira layaklah sebab mereka berkempen untuk mengurangkan senjata nuklear. Cuma wasiat Nobel tak pernah kata nak beri hadiah dekat pejuang demokrasi dan hak asasi manusia seperti Martin Luther King (1964), Dalai Lama (1989), Aung San Suu Kyi (1991), Nelson Mandela (1993), Liu Xiaobo (2010) dan Malala Yousafzai (2014).
Ini bukan kali pertama aktivis anti-nuklear mendapat pengiktirafan Nobel. Sebelum ini, Linus Pauling (1962), Eisaku Sato (1974), International Physicians for the Prevention of Nuclear War (1985), Pugwash Conferences on Science and World Affairs (1995) dan International Atomic Energy Agency (2005) telah diberi hadiah Nobel atas usaha mereka dalam mengawal dan menghapus penggunaan senjata nuklear.
TPNW berbeza dengan perjanjian-perjanjian kawalan senjata nuklear sebelum ini seperti Non-Proliferation Treaty (NPT) yang hanya mengawal senjata nuklear, tetapi tidak bertujuan untuk memansuhkannya secara menyeluruh. Malaysia baru je menandatangani TPNW ni pada 20 September yang lepas. Tapi ia dibantah oleh hampir semua negara maju termasuk US, Rusia, Eropah, China malah Jepun yang pernah diserang senjata nuklear.
Dalam kajian hubungan antarabangsa terdapat debat mengenai hubungan antara senjata nuklear dan keamanan dunia.
Ikut common sense, senjata nuklear ini boleh membunuh ramai orang dalam sekelip mata, macam dekat Hiroshima dan Nagasaki. Jadi ia adalah ancaman kepada keamanan dunia. Betul?
Tapi, ada juga ilmuwan yang argue bahawa, sejak US meletupkan senjata nuklear yang pertama pada tahun 1945, tidak lagi berlaku peperangan antara kuasa-kuasa besar atau “major war” dalam masa lebih 70 tahun. Jadi nuklear sebenarnya menyumbang kepada keamanan dunia yang paling lama dalam sejarah atau “the Long Peace”.
Sebelum zaman kita, peperangan antara negara kuasa besar adalah lumrah. Dalam abad ke-19 saja ada Napoleonic Wars (1803-1815), Crimean War (1853-1856), Austro-Prussian War (1866), Franco-Prussian War (1870-1871), Spanish-American War (1898) dan Russo-Japanese War (1905). Kemudian diikuti oleh First World War (1914-1918) dan Second World War (1939-1945).
Tapi sejak 1945, tiada lagi perang antara kuasa-kuasa besar. US dan Soviet (Rusia) kiranya dua kuasa paling besar, tapi mereka tak pernah berperang secara direct. Mereka hanya mampu berperang secara indirect melalui proksi (seperti Perang Korea dan Perang Vietnam). Nuklear telah mencegah berlakunya Perang Dunia Ketiga.
India dan Pakistan yang pernah berperang tiga kali pun tidak lagi berperang selepas India menjadi pemilik senjata nuklear pada tahun 1974 dan Pakistan menjadi pemilik senjata nuklear pada tahun 1998.
Ini kerana senjata nuklear boleh memberi kesan “nuclear deterrence”. Tiada negara pemilik nuklear berani serang negara pemilik nuklear yang lain kerana mereka tahu itu kerja yang sia-sia akibat masing-masing mempunyai “second-strike capability” yang akan membawa kepada “mutual assured destruction”.
Korang jangan kerut dahi baca istilah-istilah jargon ni. Konsepnya mudah: kalau US serang Rusia (“first-strike”), Rusia akan balas balik (“second-strike”), akhirnya kedua-dua akan mengalami kehancuran (“mutually destructed”). Jadi siapa pun tak untung. Jadi mereka elak berperang. Kalau nak perang, mereka kena guna parti ketiga iaitu negara yang tidak mempunyai nuklear sebagai proksi.
Jadi itulah sebab negara-negara yang dicop sebagai musuh US (Korea Utara, Iran) sibuk nak membangunkan nuklear. Sebab bagi mereka, nuklear boleh jadi perisai kedaulatan. US tak berani nak menceroboh negara mereka kalau mereka memilik nuklear dan keupayaan “second-strike”.
Jika melihat kepada keadaan antara US dan Korea Utara hari ini, terbukti nuklear berfungsi sebagai pencegah perang. Tak kira betapa tegangnya hubungan US dan Korea Utara, masing-masing tak berani melepaskan tembakan. Apa yang mereka mampu buat hanya perang mulut, perang Twitter dan perang psiko.
Tapi teori “nuclear peace” ini ada kekurangannya. Teori ini berdasarkan andaian bahawa aktor negara adalah rasional. Donald Trump dan Kim Jong-un dilihat sebagai manusia rasional yang mampu mempertimbangkan akibat jika berperang. Tapi apa akan jadi kalau Trump woke up on the wrong side of the bed, atau Kim Jong-un sawan akibat termakan kimchi expired? Mahu bye-bye lah kita semua.
Dan sekarang ancaman terbesar kepada “nuclear deterrence” ini ialah pembangunan sistem “missile defense” yang mampu memintas keupayaan “second-strike”. Kalau US boleh tembak jatuh senjata nuklear Korea Utara dengan THAAD, tapi Korea Utara tak mampu nak buat yang sama, nahaslah Korea Utara. Itu sebabnya Korea Utara jadi semakin gelisah dan provokatif.
Adakah penghapusan senjata nuklear secara menyeluruh akan mewujudkan dunia yang lebih aman, atau ia akan membawa kita kembali kepada dunia zaman WW1 dan WW2? Setakat ini, tak ada jawapan yang jelas.
Tulisan ni dah agak panjang, kalau nak tahu lebih lanjut lagi boleh rujuk buku “The Spread of Nuclear Weapons: An Enduring Debate” oleh Scott Sagan dan Kenneth Waltz, dan artikel “Evaluating the Nuclear Peace Hypothesis: A Quantitative Approach” oleh Robert Rauchhaus.

Gambar ini sangat menarik

Gambar ini sangat menarik. Lihat sahaja Soekarno yang tegak dan bekas penjajah yang terpaksa tunduk hormat kepada beliau.
Majalah Qalam, bil 4, November 1950.
Berikut adalah keterangan gambar yang tersebut di muka 2:
~
Tuan Lovink, Pesuruhjaya Belanda di Indonesia telah menyerahkan surat tauliahnya kepada Presiden Soekarno di Istana Merdeka di Jakarta pada awal minggu bulan Oktober yang lalu. Ia terpaksa tunduk memberi hormat kepada Presiden Soekarno dengan merendahkan dirinya.
Di Istana ini dahulu, dalam masa penjajahan Belanda, Orang Besar2 dan Bangsa Indonesia telah tunduk seperti tuan Lovink itu tatkala mengadap jeneral Belanda di Indonesia di Istana yang tersebut itu.
Beginilah perubahan zaman di-dalam mana mereka yang dahulunya yakin atas kejayaan bangsanya dan percaya kepada tenaga bangsanya sendiri akan dapat menguasai tanah –ayernya dengan halal. – Gambar AP.
~
Profil Pesuruhjaya Belanda di dalam gambar ini:
http://id.wikipedia.org/w…/Antonius_Hermanus_Johannes_Lovink

IKLAN/PENGUMUMAN DARIPADA MAJALAH PEMBANGUN, BIL 6, TAHUN 1962, TELEVISION TAHUN HADAPAN, Pada tahun hadapan In-sya Allah pendudok2 Tanah Melayu…

IKLAN/PENGUMUMAN DARIPADA MAJALAH PEMBANGUN, BIL 6, TAHUN 1962
TELEVISION TAHUN HADAPAN
Pada tahun hadapan In-sya Allah pendudok2 Tanah Melayu yang tinggal di dalam kawasan tengah tanah-ayer akan dapat melihat siaran television iaitu penyiaran gambar kejadian atau peristiwa2 dan sebagai-nya dengan pancharan kuasa letrik yang dapat dilihat pada peti televisyen.
Keraja-an telah meranchangkan dengan teliti chara2 hendak mengadakan perkhidmatan ini semenjak beberapa lama-nya dahulu olih kerana hendak mengelakkan kekhilafan2 yang pernah berlaku di-lain2 negeri.
“Kita lebeh suka menunggu sehingga kita telah yakin bahawa television yang akan kita adakan itu ialah yang terbaik sa-kali”; tegas Tengku perdana menteri dalam cheramah-nya menerusi radio baharu2 ini.
Sa-lepas daripada perchobaan yang akan di-jalankan di-kawasan tengah tanah-ayer pada tahun hadapan “Saya perchaya television akan merebak sa-chara besar2-an di sa-luroh persekutuan Tanah Melayu”; kata Tengku sa-lanjutnya.
p/s: Sengaja choba menaip menggunakan ejaan chara lama. 🙂