Adakah Anda Nak Terlepas Peluang Lagi Harini?

Saya Nak Kongsikan Sedikit Rasa Menyesal Sebab Selama Ni Tak Ambil Tahu Tentang Crypto Currency…Walaupon Pernah Dengar 2Tahun Lepas..Tapi Saya Buat tak tahu…Sekarang ni..Tak sangkat 1Bitcoin Bernilai RM10,900…dan Satu Ethereum Bernilai RM1055 Seunit…!!!!Dahulu Mereka Tiada Nilai…!!!Tapi Bermula Dari Harga 1Sen..Ia Melambung Kepada Harga Sekarang…
Jika Anda Beli 10,000unit Bitcoin dahulu ..Kini Anda Telah mempunyai RM109 JUTA!!!!
Dan jika Anda Membeli 10,000 Ethereum Dahulu..Kini anda Akan Ade RM10 Juta…!!!!
Adakah Anda Nak Terlepas Peluang Lagi Harini???Jom Beli 10,000 Unit crypto Currency Harini..Untuk jadi jutawan pada tahun akan Datang…!!Beli Pada harga Rendah…Stop Beli pada Harga Yang tinggi…
Whatsapp 011-36970788
Whatsapp 011-36970788
Whatsapp 011-36970788

Warren Buffet ada sebut dalam salah satu prinsip pelaburannya

Penerangan yang baik tentang "potential" Bitcoin Bubble "burst"
Tambahan:
Warren Buffet, pakar pelaburan, guru of investors, pun suruh berhati hati dengan Bitcoin dan dia kata Bitcoin adalah "a mirage" (ilusi).
Warren Buffet ada sebut dalam salah satu prinsip pelaburannya:
BE FEARFUL WHEN OTHERS ARE GREEDY

Kalau kita bagitau jawapan yang logik, biasanya anak akan lebih susah nak terima

Tips Keibubapaan
Senarai impian
====
Menarik tips ni. Min baca dari buku "How To Talk So Kids Will Listen".
Pernah tak jadi peristiwa bersama anak kecil 3-4 tahun. Menangis dipasaraya mahukan apa yang dia nak. Apa yang diminta mungkin tak perlu atau kita tak bawa lebihan wang. Tapi yang pasti, masa itu kita tak dapat belikan apa yang dimahunya.
Andai kita memberitahu perkara yg logik, keadaan boleh menjadi sukar. Yang akhirnya, kita akan naik angin.
Anak : Adik nak bola tu.
Ibu : Ala…adik, ibu tak bawa duit lebih. Lain kali ye.
Anak : Nakkk!!
Ibu : Shhh..diamm…semua orang tengok ni.
Anak : Nak jugakkk!!!
Ibu : (cubit) Haa…jerit lagi, ibu cubit lagi.
Keadaan jadi sukar…
Antara cara yang boleh digunakan adalah buat senarai impian.
Begini.
Bila anak menangis dan merengek tetap mahukan apa yang dia mahu, keluarkan kertas dan pen.
Anak yang sedang menangis tadi akan terdiam dan kehairanan.
Anak : Apa ibu buat ni?
Ibu : Ibu mahu tuliskan impian adik. Apa yang adik mahu?
(anak mula diam dan berfikir)
Anak : Adik nak bola sepak
Ibu : okay, bola sepak
Anak : dan robot dinasour
Ibu : baik, dan robot dinasour
Ajaibnya, lepas tu anaknya tenang kembali. Dan begitulah dimasa yang lain.
Senarai itu tak perlu dipenuhi semuanya. Tapi, boleh digunakan untuk dihadiahkan padanya pada masa yang sesuai. Contoh pada hari ulangtahunnya atau raikan kejayaannya juga usahanya.
Itu cara untuk raikan suaranya.
Mudahkan.
Cubalah ??
Hihi..tetiba min teringatkan kisah yang Ibu Rose baru cerita last week mengenai cucunya Pocoyo (nama manja) yang menangis-nangis mahukan mainan ‘Hot wheel’ bila terbangun dari tidur. Anak Ibu Rose, Pn Shaima’ dengan tenang dan bijak. Mampu kawal emosinya walaupun sedang dalam pantang.
Pocoyo : Saya nak hot wheel (menangis semahu-mahunya)
Ibu Pocoyo : Oh…coyo nak hot wheel ya. Hot wheel tu warna apa?
Pocoyo : Emm…warna merah (hihi min tak ingat ibu kata warna apa. Tapi yang comelnya, anak ni terdiam jap dan terpaksa fikirkan jawapan yang ibunya tanyakan)
Ibu Pocoyo : Tayar hot wheel tu macamna rupa dia?
Pocoyo : Besar, ada 4 (dia explain la macamana rupa yang dia nak tu)
Maka berterusanlah perbualan ini untuk beberapa ketika hinggalah si anak ni dah tak ingat nak nangis.
Comelkan ?
Kalau kita bagitau jawapan yang logik, biasanya anak akan lebih susah nak terima.
Katakanlah, Pn Shaima’ kata, "Maaflah coyo, ibu tak sempat beli. Lain kali kita beli ya?"
Agak-agak apa yang jadi?
Bijak uolss nih.
So, kita divertkan pemikiran dia kepada perkara yang lain.
Kan..pentingnya ilmu kan…
Stay tune di fb min ya, untuk lebih banyak skills.
#tipskeibubapaan
#fbyasminsari

Saya lahir dalam keluarga yang menyokong Manchester United

KENYATAAN MEDIA
PASCA PERLAWANAN MANCHESTER UNITED DAN LIVERPOOL
1. Keputusan perlawanan malam tadi telah memihak kepada Manchester United dengan jaringan 2-1.
2. Sebagai penyokong Liverpool, saya menerima kekalahan ini dengan hati terbuka. Adalah menjadi lumrah bola sepak ada yang kalah dan menang.
3. Seperti sedia maklum, pasukan Liverpool mengalami kesukaran untuk menang dengan pasukan yang lemah dan mampu menang mudah dengan pasukan yang lebih mantap.
4. Saya lahir dalam keluarga yang menyokong Manchester United. Provokasi tidaklah melemahkan semangat saya malah ia tidak mengugat kesetian saya pada Liverpool.
5. Tahniah Manchester United. Kita berjumpa lagi di lain masa. You’ll Never Walk Alone.
RF LIAS
11 MAC 2018

Persoalan yang masih belum dijawab sehingga hari ini

Persoalan yang masih belum dijawab sehingga hari ini. Bagaimana pembangkang nak bayar janji-janji mereka selepas menghapuskan GST?
Janji-janji mereka bukan hanya menghapuskan GST tetapi juga menambah perbelanjaan dengan pelbagai janji-janji populis seperti kembalikan subsidi petrol, pendidikan percuma untuk semua, naikkan gaji minimum serta merta kepada RM1,500 (RM250 ditanggung kerajaan) dan macam-macam lagi.
Itu tak termasuk janji menyiarkan perlawanan bola sepak Liga Inggeris EPL secara percuma melalui RTM oleh Pemuda Pakatan. Bukankah selama ini mereka melaung-laungkan retorik bahawa rakyat tak cukup makan, anak muda menganggur, pelajar universiti tertekan kos sara hidup – beberapa ratus juta Ringgit kalau tidak billion untuk membeli hak penyiaran bukankah boleh disalurkan kepada orang miskin, pelajar universiti dan sebagainya?
Formula janji-janji Pakatan adalah mengurangkan hasil dan meningkatkan perbelanjaan tetapi dalam masa yang sama mereka juga bising tentang defisit, hutang kerajaan.
Pakatan keliru, dasar pun keliru.