Saya seronok bila pembaca Seoul dan Krabi kembali muncul dan mahukan buku Jerman pula

Saya seronok bila pembaca Seoul dan Krabi kembali muncul dan mahukan buku Jerman pula. Ada yang pernah juga dapatkan buku anekdot pertama saya iaitu Travelog Perempuan Jalan Tun Razak. Tak kurang juga yang pernah dapatkan e-book Koh Lipe dan Seoul.
Terima kasih ya kerana sentiasa menyokong saya. Kali ni saya ada confident lebih sikit berbanding buku sebelum ni. Saya dapat rasakan anda akan enjoy membacanya. Perasan kan? Tak malu…
Sorrylah. Tengah di pejabat pencetak ni…itu yang merepek je kerjanya.
-NAS-

Kereta tak boleh start pagi ni

Kereta tak boleh start pagi ni. Ada appointment di Ampang jam 10. Rumah owner di Cyberjaya dah dapat penyewa. Perlukan tandatangan di booking form dan Tenancy Agreement. Kelam kabut tukar kereta kebal Anie.
Sekarang, dah selesai hal-hal penting. Jadi nak uruskan tentang kereta yang tak boleh hidup tu.
Wahai kereta. Kenapa kau buat hal di saat-saat getir ni. Mujur hari ni cuti Agong, jalan tak jem.
Oklah. Nak cari workshop pulak.
*Baru beberapa saat tadi nampak ada kereta masuk arah bertentangan ke Lebuhraya SILK. Harap-harap tak ada sesiapa yang terkorban dengan tindakan gila kereta tu. Doa ni.
-NAS-

Tabiklah Kak Jem

Tabiklah Kak Jem. Saya pun dah lama heran tapi tak tulis sebab takut orang terasa. Bila Kak Jem dah sentuh bab ni, suka saya.
Saya pernah bagitau keluarga, kalau ada jodoh, saya nak belanjakan RM400 buat makan kat masjid. Oklah bihun kalau satu singgit, dapatlah jamu 400 orang.
Kalau pihak lelaki bagi hantaran RM4,000 pun, masih berbaki RM3,600 buat macam-macam benda atau honeymoon ke Siam dengan kos sorang RM600. Pun untung lagi…
-NAS-

Buku Jerman ni yang keempat

Buku Jerman ni yang keempat. Buku sulung dan kedua keluar beza dua tiga minggu. Tapi yang sulung masuk hospital. Jadi yang kedua keluar dulu.
Yang sulung tu boleh tahan sakitnya tapi lepas penerbit ‘rawat’, elok dah lepas tu. Yang kedua sangat sihat wal’afiat. Tak ada masalah dan boleh dikatakan terbaik. Sangat memuaskan.
Yang ketiga tu, masa cetakan pertama, banyak juga cacat celanya. Tapi untuk cetakan kedua, ok dah…
Yang keempat ni, alahai, proses nak dibukukan sikit punyalah mencabar. Teruji dari macam-macam arah. Dah lahir pun, masih menguji kesabaran.
Kalau buku ni dibayangkan seperti anak, anak sulung saya Jln Tun Razak, anak kedua Krabi, yang ketiga Seoul dan bongsu adalah Jerman. Anak tu rezeki tapi ia juga ujian.
Disebabkan ‘anak’ ini, sampai sekarang belum tidur. Alahai…
Siapa nak dapatkan ‘anak’ saya sila pm ya.
Selamat malam kepada yang belum tidur belek fesbuk.
-NAS-

Siap cetak! Buku ni ada dua cover

Siap cetak! Buku ni ada dua cover. Ada jaket! Macam-macam hal nak terbitkan buku ni.
Apapun, syukurlah sempat siap sebelum PBAKL. Ini kisah kembara solo saya ke 6 negara Eropah. Saya banyak lepak di Jerman dan singgah di negara sekitarnya.
Ada cerita saya dirompak secara pukau ketika di Berlin. Macam tak percaya saja benda tu berlaku ke atas saya ketika di negara orang.
Kalau nak dapatkan, boleh pm. Walaupun sibuk, saya usahakan pos hari Selasa dan Rabu ni. Harga special sebelum PBAKL (countdown 4 hari lagi) RM25 termasuk kos pos Semenanjung Malaysia. Rabu ni last order untuk Pra-PBAKL ya…
-NAS-

Sedih bila baca posting pelajar tahfiz mati kebakaran

Sedih bila baca posting pelajar tahfiz mati kebakaran.
Apatah lagi pusat tahfiz tu selalu kitorang lalu lalang nak pegi rumah sedara kat Keramat Hujung tu.
Bila lalu aje, mesti kepala rasa nak toleh pusat tahfiz tu.
Rumah landed kat corner dan kira besar jugak la pada pemerhatian saya.
Selalu buat penilaian sendiri dalam hati, “Perghhh, mau sejuta nilai pusat tahfiz ni dengan rumah atas tanah. Walking distance ke LRT Jelatek, selajur pusat rekreasi kat Taman Tasik Datuk Keramat”.
Kadang parking keta sat depan tahfiz, beli pisang goreng panas kat gerai depan tu.
Kadang nampak budak tahfiz jubah putih berserban tengah berkumpul kat ruang depan.
Dulu bila lalu, saya rasa gembira.
Wahhhh, ada pusat tahfiz moden di tengah ibu kota.
Mungkin lepas ni bila lalu situ, perasaan jadi berbeza.
Sayu, sedih. ?

Perasan tak bila kita ada setimbun baju dan lipat elok-elok, muat aje dalam beg balik kampung

Perasan tak bila kita ada setimbun baju dan lipat elok-elok, muat aje dalam beg balik kampung.
Tapi bila kita main humban aje baju dalam beg, separuh timbunan pun tak muat nak masuk.
Sama jugak macam masa yang kita ada.
Kalau kita susun elok-elok, kita ada masa untuk hampir semua perkara.
Contoh: #SolatAwalWaktu, masa untuk family, masa untuk kawan, memasak, lipat kain malah baca buku!
Berbeza betul daripada bangun pagi tanpa merancang.
Celik mata capai phone scroll Fesbuk, setengah jam scroll baru ingat nak Solat Subuh.
Dah solat, scroll Fesbuk lagi. Segala kerja tangguh.
Kalau ada masa lapang aje nak scroll Fesbuk.
Ko dah kenapa?
Apa kata lepas ni rasa nak scroll Fesbuk je terus baca sehelai al-Quran.
#iliFikir

Terhaghu bila ada kawan sekolah rendah contact

Terhaghu bila ada kawan sekolah rendah contact.
Terhaghu sebab sudi support member meniaga.
Terhaghu sebab sudi pinjamkan masa untuk baca status kita.
Terima kasih ye.
___
Menulis tentang #SolatAwalWaktu sebenarnya tak menunjukkan saya ni lebih baik dari orang lain pun.
Bila saya tak capai misi ni, saya rasa malu.
Malu dengan tulisan saya sendiri.
Cakap aje pandai, tapi tak buat.
Saya menulis sebab saya nak accomplish misi ni.
At the same time, ajak orang lain untuk sama-sama buat.
Makin ramai kita berkumpul untuk satu mission, kita makin kuat.