Seorang sahabat

Seorang sahabat…
Suka datang pss jenguk saya.
Setiap hari memang kami jumpa… pagi2..
Selepas itu kita jalankan tugas masing2 sbb jadual kami tak sama…
Tapi bila dia punya masa senggang, dia jenguk2 saya…
Sahabat : nampak penat aja.. meh nak bg gembira…
Saya : haha.. okey…
Kemudian dia buka HP dan menyanyi. Lagu2 tahun 90an.. habis satu lagu dia nyanyi lagi.. dengan gaya dan memek mukanya… suaranya mmg nada tinggi… habis 3 lagu, dia suka2 dan tanya pada saya…
Sahabat : macamana… rasa heppy tak.. gembira tak… (sambil dia gelak2)
saya : gembira la… (sambil ketawa tak tahan sbb ingatkan gayanya menyanyi..)
sahabat : ok.. betul ke gembira… kalau x nak nyanyi lagi… (mcm tu lbh kurang ayatnya.. dan sudah pasti dia dalam mode yg sangat heppy)
Saya : gembira sungguh… hahaha.. (memang saya ketawa dgn puas)
sahabat : ok.. kalu gembira saya nak pergi dulu.. jumpa lagi esok.
Sahabat saya ni memang unik. Setiap kali jumpa dia akan sentiasa buat saya ketawa.. katanya saya tak boleh tension. Dan stp kali dia nampak saya monyok, dia akan sentiasa ingatkan saya…
Jangan lupa.. walau apa awak buat, kami berdua (dia dan seorang lg sahabat) akan ada di belakang sbg sokongan… sbb awak perlukan orang yg blh menyokong awak di belakang..
Saya memang terharu…
Saya dikelilingi sahabat yg sangat mengambil berat…
dan dalam kalangan ramai yg mengambil berat, dia antara yang terbaik dan paling unik buat saya… lain dari yg lain…
Terima kasih kerana jadi seorang sahabat yg sangat penyayang…
Sangat baik…
Ibarat adik beradik..
Kadang2 ibarat ibu…
Penuh dengan pesanan dan ingatan…
Semoga Allah jaga dan pelihara dirinya..
Gembirakan dirinya sptmana dia yg sentiasa menggembirakan saya.
Juga buat semua sahabat2 yg lain.
Kasih sayang bukan hanya ada di rumah…
Tapi kasih sayang juga memenuhi sekolah…
Walaupun ada dalam kalangan kami yg berbeza pendapat, tp dari sudut kasih sayang dan ambil berat, pasti sukar utk saya jumpa di tempat lain.
I LOVE MY SCHOOL SO MUCH!

“Siapa yang menasihati saudaranya bukan dikhalayak ramai maka dia benar-benar menasihatinya dan halikatnya dia menghiasi saudaranya (agar menjadi…

“Siapa yang menasihati saudaranya bukan dikhalayak ramai maka dia benar-benar menasihatinya dan halikatnya dia menghiasi saudaranya (agar menjadi lebih baik). Dan siapa menasihatinya dikhalayak ramai maka dia benar-benar telah menghinakan dan menzaliminya”
[Imam Asy-Syafie Rahimahullah Taala]
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
CATATAN :
jagalah aib semua orang…

Kadang2 kita terlalu melihat sisi negatif orang berbanding yg positif

Kadang2 kita terlalu melihat sisi negatif orang berbanding yg positif.
Akibatnya, semua akan nampak serba tidak kena pada mata kita..
Kita mengata… mengutuk… tanpa pengetahuan…
Dan dalam masa yg sama, orang negatif yang kita rasa sangat tidak bagus itu turut membuat kebajikan..
Kenapa ya..
Kita selalu rasa kita ini suci.. bersih…
kita ini yg terbaik…
Tidak dinafikan kita jaga penampilan kita..
Hingga kita rasa penampilan kita secara fizikalnya yg dilihat oleh mata yang lain adalah satu contoh yg sangat bagus…
Kitalah ikon terbaik untuk orang lain…
Tapi dalam masa yang sama kita tidak menjaga lidah…
Lidah kita bebas mengata…
Mengata di belakang itu akan jd fitnah kalau benda itu palsu…
Mengata di belakang akan jadi mengumpat kalau benda itu betul…
Jadi…
Adakah kita mengharapkan ‘respek’ daripada orang utk setiap kata2 yang tidak sedap didengar yg keluar dr mulut kita….
Kadang2…
Orang yg kita lihat keji dan buruk kerana negatifnya, pada suatu hari nanti akan jadi lebih suci dan mulia dari kita..
Sebab setiap benda baik yang dia buat, bila didoakan oleh orang lain akan dipandang oleh Allah…
Janganlah lihat buruknya orang seakan2 dia itu ahli neraka dan kita ini ahli syurga…
Tidak ada seorang pun dari kita yg sempurna…
Jika kita rasakan dia tidak menepati kesukaan kita, doakanlah… bukankah Allah lbh suka kita mendoakan yg terbaik buat orang lain berbanding kita mengumpat dan mengata…
Jagalah lidah…
Kadang2 kita juga kena cermin diri kita walaupun kita terlajak suci dan bersih…
Catatan :
Tidak semua insan itu ada unsur dan pengaruh negatif… belajarlah untuk mencari sisi baik dalam hidup orang lain sepertimana kita sentiasa mengharapkan orang agar melihat kita sebagai seorang yang baik…

DEMIMU SARAWAK, AYUH KITA SEMUA BERSATU! SIK KIRA U BANGSA APA, U KAYA KAH MISKIN KAH, AGAMA APA YANG KITAK ANUTI SEKALIPUN

DEMIMU SARAWAK, AYUH KITA SEMUA BERSATU! SIK KIRA U BANGSA APA, U KAYA KAH MISKIN KAH, AGAMA APA YANG KITAK ANUTI SEKALIPUN.
MARI KITA SAMA-SAMA DOAKAN AGAR NEGERI SARAWAK YANG DICINTAI TOK SENTIASA AMAN DAN MAKMUR. SEMOGA KITA DIBERIKAN PEMIMPIN YANG FAHAM SUSAH PAYAH RAKYAT.
AMIIIN.
mesej ucapan dari YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri “Setahun Jagung”.
#BukanJagungSebarangJagung #BelumDitanamUdahBerbuah
bukan macam samseng nun, ditanam berpuluh tahun, jangan kata buah, daun pun sikda. Abu abu jak. ???

Bersiap untuk bersungkai bersama Menteri “Setahun Jagung” di rumahnya di Jalan Astana, Kuching

Bersiap untuk bersungkai bersama Menteri “Setahun Jagung” di rumahnya di Jalan Astana, Kuching.
Dengar khabar Menteri Samseng cakap dia tak peduli apa Fadhillah cakap, apa orang lain cakap. Siap bagitahu “I am a jantan, okay?”… Uishhh… Bak angg… Awat lagu tu… Hari baik bulan baik tak payahlah garang2… I know, you anak jantan. Jantannn sangatttt ???
#PahamBisak #MenteriSamsengKampungDusun

Ketika kucing peliharaan anda membawa balik bangkai tikus/cicak/ular, jangan terburu-buru memarahi mereka

Ketika kucing peliharaan anda membawa balik bangkai tikus/cicak/ular, jangan terburu-buru memarahi mereka.
Itu adalah salah satu cara mereka menghargai anda sebagai tuan mereka. Membawa balik bangkai tersebut suatu pemberian berharga dari mereka. Sebab itu ada kucing bawa balik tikus tapi tak makan pun tikus tu.
p/s: Sungguhpun begitu, janganlah terlalu “lurus” sampai simpan bangkai tu dalam almari. Kononnya menghargai pemberian kucing. Jangan! ???

Jika rezeki datang kerana kerja keras, seharusnya orang paling kaya adalah kuli bangunan

Jika rezeki datang kerana kerja keras, seharusnya orang paling kaya adalah kuli bangunan.
Jika rezeki datang kerana panjangnya waktu kerja, seharusnya warung-warung kopi 24 jam boleh mengalahkan McDonald dan KFC.
Jika rezeki datang kerana kepintaran, seharusnya pensyarah-pensyarah sudah menjadi jutawan.
Jika rezeki datang kerana pangkat, seharusnya para presiden dan raja berada di urutan teratas dari senarai 100 orang terkaya di dunia.
Cumanya, rezeki itu datang kerana kasih sayang Allah…
“Mengejar rezeki jangan mengejar jumlahnya tapi kejarlah barakahnya.”
(Ali bin Abi Thalib)
Assalamualaikum..???
Salam Jumaat yg barokah sahabat AR ???
Selamat Pagi ???